Pelembap Untuk Masalah Kulit Wajah Kering & Menggelupas

Ramai dari kita mengeluh kerana kulit wajah berminyak, sehingga menyebabkan timbulnya jerawat, whitehead, blackhead dan pelbagai masalah kulit yang lain.

Tak kurang juga ada yang mengeluh disebabkan mempunyai kulit kering, kusam, kasar serta mempunyai kedutan-kedutan halus pada wajah. Tak kurang juga yang mempunyai kulit sensitif yang mudah gatal.

Baiklah, sepertimana tajuk kita harini, saya akan kupas mengenai Cara nak Mengatasi Kulit Wajah Yang Kering & Menggelupas.

Sebelum tu, jom semak jenis kulit anda dulu.

Image result for jenis kulit muka

Kalau kulit anda kering pada musim-musim tertentu seperti musim hujan atau pada musim panas di mana kulit berubah menjadi kering pada waktu malam atas faktor udara, kulit anda bukanlah tergolong dalam jenis kulit kering. Hal ini dmeikian kerana kulit anda bertindak kepada perubahan musim menyebabkan kulit menjadi kering.

Sebetulnya, berikut merupakan ciri-ciri bagi mereka yang memiliki kulit wajah kering:

  1. Kulit wajah kelihatan kasar, kusam dan kebiasaannya sedikit bersisik
  2. Liang pori di wajah sangat kecil dan hampir tak kelihatan
  3. Terdapat garis-garis halus atau kedutan yang sangat nipis
  4. Kulit kering dan menggelupas terutamanya setelah mandi atau menggunakan face cleanser
  5. Mengalami kegatalan dan iritasi di wajah
  6. Kulit wajah kelihatan kemerahan seperti keradangan

Masalah kulit kering dan menggelupas ini sebenarnya adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya adalah faktor keturunan. Faktor keturunan adalah faktor paling umum pmenjadi penyebab kulit wajah menjadi kering dan menggelupas.

Kalau tak pasti anda kulit jenis apa, cuba cek balik tengok sama ada ibu atau ayah anda mempunyai kulit wajah kering ke tak. Kalau ada bermakna, besar kemungkinan anda juga mewarisi jenis kulit mereka iaitu jenis kulit yang kurang sebum atau minyak semulajadi yang terhasil di sekitar kulit. Kulit jenis juga tidak mampu menahan air untuk mengekalkan kelembapan. Hal ini disebabkan ketiadaan sebum yang dapat menahan air.

5 Tips Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering Pada Wajah

Berikut adalah 5 tips efektif untuk mengatasi masalah kulit kering 7 menggelupas.

  1. Hindari penggunaan sabun yang keras (sabun sulfur/antiseptik), sabun yang mengandungi alkohol, pewangi, parfum buatan, pewarna dan pengawet, serta sabun yang mengandungi bahan kimia. Semua ini dapat menyebabkan kulit menjadi lebih kering kerana sabun yang mengandungi bahan seperti di atas dapat mengikis minyak (yang dah memang sedia ada sedikit) dari wajah.
  2. Amalkan mencuci wajah menggunakan air suam kerana air suam berfungsi untuk membuka liang-liang pori di wajah. Dengan harapan, apabila liang pori terbuka, lebih banyak sebum akan dikeluarkan oleh wajah.
  3. Lindungi wajah anda daripada sinaran UV yang mana sangat merbahaya dan boleh menyebabkan bahagian luar kulit rosak dan makin kering. Paling teruk, boleh mnyumbang kepada kanser kulit.
  4. Amalkan pemakanan yang mempunyai Omega 3 kerana ianya dapat membantu memberi nutrisi kepada kulit sekaligus mengembalikan kelembapan kepada kulit.
  5. Rajin apply masker di wajah. Baik tradisional mahupun masker yang beli di watson/Guardians, yang penting kena istiqamah.

Paling padu, anda sangat disarankan berhati-hati dalam pemilihan produk untuk regime penjagaan kulit wajah. Hal ini kerana, salah pakai produk, rosaklah muka anda. Ramai dari kalangan kita terutama dari golongan wanita yang mengalami breakout teruk di wajah hasil salah guna produk.

Jadi, kalau tanya saya produk apa yang best untuk kulit wajah kering & menggelupas ni?

youth_product_moisturizer

Age Defense Moisturiser – SPF 50

Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan memperbaiki keseluruhan tona kulit anda secara menyeluruh.

Himalaya Nourishing Skin Cream 150ml

Moisturizer untuk remajaProduk ini merupakan hasil daripada campuran herba-herba yang mampu mengambalikan keanjalan kulit. Produk ini merupakan produk yang ringan dan tidak berminyak, sangat sesuai untuk kegunaan seharian. Ia juga kaya Aloe Vera untuk memberikan kelembapan, Winter-Cherry dan esktrak pokok Kino India yang mampu memberikan pelindungan pada kulit dari pencemaran dan cuaca yang kering.

Pelembab alami untuk wajahBIO-ESSENCE Aqua Moisturizing Gel

Produk ini kaya dengan dua jenis Hyaluronic Acid, iaitu Power Nano Hyaluronic Acid dan Hyaluronic Acid. Ia amat bagus untuk menambah dan mengekalkan kelembapan, ia akan memberikan kulit penghidratan tanpa henti. Produk ini amat disyorkan kepada mereka yang mempunyai kulit yang kering.

BODY SHOP Vitamin E Intense Moisturizer Dry Skin

Pelembab untuk kulit kusamProduk ini kaya, tidak berminyak, menyuburkan dan mengekalkan kelembapan untuk waktu yang lama pada kulit wajah. Ia membantu untuk membaik pulih kelembapan pada kulit wajah. Produk ini dihasilkan dengan Vitamin E, plumping Hyaluronic Acid dan minyak Wheatgerm. Sangat sesuai untuk kulit yang kering. Ia memberikan kulit yang segar, lembut dan mempunyai rupa yang berseri-seri.

Moisturizer untuk kulit kering dan sensitif

Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion 85g

Moisturizer ini mempunyai tekstur berkrim yang dapat membantu untuk melegakan kulit yang kering dan kulit sensitif dengan meningkatkan penghidratan dan membantu menambah kandungan lipid pada kulit. Ia telah dibuktikan secara klinikal bahawa ia mempunyai penghidratan dan menyuburkan kulit kering dan kulit sensitif selama 24 jam.

Innisfree Green Tea Moisture Cream 50ml

Moisturizer KoreaProduk ini merupakan krim pelembab yang mempunyai kandungan serum Jeju Island Green Tea dan bijih benih Green Tea yang bersifat mesra alam yang mampu memberikan kelembapan dan kesegaran yang lebih. Green Tea yang diperolehi di Jeju amat kaya dengan amino acid dan mineral yang membantu kulit kekal lembab.

Ia kaya dengan nutrien, tekstur krim seperti butter yang memberikan kelembapan dengan serta merta dan memberikan perlindungan agar kulit kekal lembab untuk waktu yang lama. Mango butter sangat kaya dengan kelembapan dan nutrien untuk menyuburkan kulit yang kering.

Tapi on top of all these products, memang tak boleh lawan YOUTH Skincare. Sebab memang terbukti berkesan!

Related image

 

 

Youth Skincare ialah produk terbaru Shaklee yang menggantikan Nutriwhite dan Enfuselle Shaklee yang mana Youth Shaklee ni sangat sesuai untuk sama ada lelaki mahupun perempuan supaya wajah anda nampak lebih muda dengan lebih lama (baca: Look Younger Longer)

Related image

Produk Skincare Youth Shaklee ni dicipta khas oleh para Saintis Shaklee dan terbukti berkesan untuk memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan kulit, menegangkan kulit dan mengurankan kedutan pada kulit.

Related image

Tentu sekali diformulasikan dengan bahan aktif yang hanya milik Shaklee, Shaklee juga menjanjikan Youth Shaklee ni akan memberikan kesan yang sangat baik dalam 6 langkah untuk penjagaan serta 1 langkah tambahan untuk menambah seri wajah anda.

Nak tahu lebih lanjut mengenai YOUTH Skincare, boleh baca sini.

Image result for AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50 testimoni

 

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s