Miliki Sistem Penghadaman Yang Sihat dan Kuat Dengan Pengambilan Serat

Serat merupakan komponen karbohidrat yang tidak dapat dicernakan oleh badan manusia. Secara amnya, serat terbahagi kepada 2, iaitu serat larut (soluble fiber) dan serat tak larut (insoluble fiber). Tahukah anda, serat boleh didapati dengan banyak dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin (grains)?

“…..Mereka yang mengambil kurang serat dalam diet mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk naik berat badan berbanding mereka yang mengambil lebih serat dalam diet mereka….”

Peranan Utama Serat

Peranan utama serat, terutamanya dari jenis yang bagus seperti serat larut, ialah untuk melancarkan lagi pergerakan kumuh/tahi di dalam usus besar manusia. Memandangkan serat tidak boleh dicernakan oleh badan, maka ia tidak akan menyumbang kepada distribusi nilai kalori buah-buahan/sayuran/bijirin yang kita makan, walaupun ia merupakan sejenis karbohidrat. Hal ini demikian kerana badan kita tidak mempunyai enzim yang mampu untuk mencernakan serat sebagai sumber tenaga.

Pendek kata,

  • serat tidak menyumbang apa-apa tenaga;
  • tidak menyumbang apa-apa kalori kepada tubuh kita;
  • dan lebih penting TIDAK menggemukkan.

Serat merupakan komponen diet yang penting!

Serat adalah merupakan komponen diet yang penting ketika proses menurunkan berat badan. Disamping mengurangkan nafsu makan, ia memberi kita rasa ‘kenyang’ dengan melambatkan pergerakan makanan dalam sistem pencernaan kita. Makanan berserat juga memerlukan kita mengunyah dengan kadar yang lebih lama, membuatkan kita menikmati makanan lebih lama dari biasa, sekaligus mengelakkan tabiat makan secara berlebihan. Selain itu, kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil kurang serat dalam diet mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk naik berat badan berbanding mereka yang mengambil lebih serat dalam diet mereka.

Oleh yang demikian, mereka yang berusaha untuk menurunkan berat badan harus sedar dan jangan sesekali untuk mengabaikan pengambilan serat dalam diet mereka. Tidak hanya kepada golongan yang sebegini, golongan yang ingin sihat secara normal juga sangat digalakkan mengamalkan pengambilan serat yang banyak dalam diet mereka.

Cuba untuk menikmati sarapan yang tinggi serat seperti Oatmeal (bijirin oat), roti gandum penuh dan buah-buahan campuran kerana makanan seperti ini akan membuatkan anda kenyang sehingga waktu tengahari, disamping rendah nilai kalori, dan kebiasaannya tinggi kandungan vitamin dan mineral.

Berusahalah untuk makan sekurang-kurangnya 18g serat sehari. Berikut disenaraikan beberapa contoh buah-buahan yang tinggi kandungan seratnya.

Amalkan pemakanan yang seimbang, anda selangkah ke arah kehidupan yang lebih baik!

Rawatan Alternatif Dengan Suplemen Shaklee

Selain itu, sekiranya anda atau ahli keluarga anda memang sejenis yang kurang gemar akan sayuran atau buah-buahan, hatta lepas kena ugut pun masih lagi ketegaq tak nak makan benda-benda hijau seperti konflik yang berlaku dalam keluarga si Amin ni,

“….Amin, meh makan sayur ni sikit, tak makan nanti badan amin tak strong macam popeye, nanti cepat jatuh sakit…” pujuk Si Ibu Mithali

“…em, ibu, amin tak nak makan sayur, tapi tak nak jatuh sakit..” jawab si Amin (*manja kau ye Amin)

“..amin nak sakit ke amin nak makan sayur? tanya si ibu garang.

“….emm, amin tak nak dua-dua! Amin nak coklat!” (#menyampah)

Kalau anda adalah Si Amin / Aminah / anak anda merupakan Amin yang memang jelas ketara alergik kepada sayur dan buah, anda boleh cuba menjaga sistem penghadaman mereka dengan mengamalkan suplemen.

Berikut merupakan cadangan produk alternatif yang boleh anda cuba untuk anak anda.

Set Penghadaman Shaklee (Digestive Health Set)

Mengandungi 4 produk yang terdiri daripada Peppermint-Ginger Plus, HerbLax, Alfafa Complex & ESP.

5 sebab anda perlukan Set Penghadaman Shaklee (Digestive Health Set).

  1. Sistem penghadaman anda kurang efisyen.
  2. Masalah sembelit.
  3. Masalah mulut berbau / badan berbau.
  4. Masalah mengidam makanan (cravings).
  5. Perut berangin, kembung, gastrik dll.

1. Peppermint-Ginger Plus.

Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan  perut anda dengan khasiat semula jadi dengan rumusan empat jenis herba pilihan.

  • Jintan manis
  • Jintan hitam
  • Pudina (peppermint) – herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyamankan perut.
  • Halia (ginger) – herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.

Menariknya tablet Peppermint-Ginger Plus ini boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli. Apa rasanya? Cuba dulu baru tahu. Yang pasti selepas pengambilan Peppermint-Ginger Plus memang keluar angin dari dalam badan. Antara sebab utama adalah kandungan HALIA di dalamnya. Nak bawa halia segar mentah mentah macam tak mungkin jer kan. Inilah alternatif terbaik.

2. Herb-Lax™ 

Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.

Herb-Lax™ bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.

Jangan makan Herb-Lax di siang hari melainkan anda memang sentiasa berada berhampiran dengan tandas. Kalau tak percaya try lah makan. Hihi. Kalau nak cuba atas risiko sendiri ya.

Bagi anda yang mengahadapi masalah pembuangan air besar yang tidak konsisten pasti tersenyum. Yer lah kan. Dari membuang sekali dalam 3 hari hari pembuangan najis lebih lancar!

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap Sistemik Lupus eritematosus (SLE) hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
3. Alfafa Complex

Alfafa Complex adalah antara produk Shaklee yang mempunyai Alkali tertinggi di antara semua produk Shaklee. Jadi tidak hairanlah ramai yang sukakan prestasi Alfafa ini.

Ada apa dengan Alfafa ini. Kalau anda semua nak tahu, perut kita secara asasnya akan mengeluarkan asid bagi tujuan tindak balas enzim dan makanan untuk proses pencernaan. Namun begitu, badan yang berasid berlebihan akan menyumbang kepada pelbagai penyakit lain. Ahaa termasuklah penyakit yang berkaitan dengan masalah kesuburan.

Bagaimana produk ini boleh membantu sistem penghadaman?

“Acid / alkaline Imbalance can weaken your body ORGANS and bones, and lead to variety of serious disease. In fact, most of us are “over acid” in our body.”

Perhatikan perkataan >organs< . Usus dan perut adalah sebahagian organ didalam badan yang penting untuk sistem penghadaman. Dengan kuantiti yang betul dan berterusan anda dapat bantu keadaan asid yang berlebihan didalam perut. InshaAllah. Yang penting konsisten.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap Sistemik Lupus eritematosus (SLE) hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau sedang menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.

4. ESP
Asas pembinaan sel adalah PROTEINDiperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga merupakan bahan utama yang digunakan untuk “menggantikan” sel-sel mati. Nak perbaiki tisu apa? Semesti semua tisu dalam badan korang termasuklah yang berkaitan dengan sistem penghadaman (perut & usus).ESP membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Serbuk protein soya Shaklee non GMO aka ESP keluaran Shaklee adalah tidak berasid. Ianya selamat bagi pesakit gout.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal

Jom cegah sebelum parah.

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk di atas? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

Leave a comment